Saturday 22 December 2012

Collagen Powder


Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75 peratus berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlanhkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.

Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantikan kolagen yang hilang.

Bukan itu saja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Untuk itu apa kata mencuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietry RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang di ekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton. Tujuannya tidak lain, bagi membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan.

Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Buktinya ia dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat adalah:
  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan menggelupas pada wajah.
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuku, rambut yang lebat dan bersinar.
  • Mencerahkan - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Faedah tambahan - Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Membantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut.
Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. 

Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat!!!


No comments:

Post a Comment