KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX
Kita
memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang
kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B Complex.
Vitamin
B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air.
Komponen B Complex terdiri daripada:
- B1 (thiamin)
- B2 (riboflovin)
- B3 (niacin)
- B5
- B6 (pyridoxine)
- B12 (cobalamine)
- Acid folic
- Asid panthothenic
- Biotin
Setiap
komponen dalam vitamin B Complex mempunyai fungsi yang khusus. Vitamin ini dapat membantu
dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu
dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
Kekurangan
vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak
yang akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga
boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Disamping itu juga, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti
depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan
vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak
nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX
1.
Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2.
Mengelakkan penyakit beri-beri.
3.
Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4.
Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5.
Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6.
Mencegah stress.
7.
Menguatkan antibodi tubuh.
8.
Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9.
Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10.
Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11.
Mencegah anemia.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK
KANAK-KANAK
1.
Merangsang pertumbuhan.
2.
Meningkatkan kemampuan berfikir.
3.
Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG
DEWASA
1.
Menambah tenaga.
2.
Mengurangkan stress.
3.
Melambatkan proses uban di rambut.
4.
Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU
MENGANDUNG
1.
Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2.
Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
No comments:
Post a Comment