Sunday 16 December 2012

SUSTAINED RELEASE VITA-C


Bekalan Vitamin C Secara Semulajadi Jam Demi Jam
Shaklee Sustained release Vita-C merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietarri dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

MANFAAT VITAMIN C

Imuniti - Dengan pengambilan Vitamin C secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan - Berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension - Dapat menurunkan kadar tekanan darah dan dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit - Merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. Bila kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang. Mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini. Memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.


Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)


No comments:

Post a Comment