Nutrien


1
Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda
Protein penting bagi satu diet yang sihat tetapi protein yang berasal daripada haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Protein daripada bukan daging seperti soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein daripada daging, ayam, ikan atau pelbagai jenis telur. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian juga membuktikan yang protein soya boleh mengurangkan kolestrol LDL.
  
2
Pemakanan Lengkap
Makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum tetapi ia bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.  

3
Vitamin B dan C
Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (Vitamin B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

4
Tambahkan resveratrol dan polyphenols.
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet anda dapat membantu untuk menggalakkan penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5
Aktifkan Diri
Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengekalkan anda diserang daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

6
 Belajar mengurus tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan.

7
 Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya!

No comments:

Post a Comment