Sunday 16 December 2012

VITAMIN E




Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.

Satu kapsul gel lembut membekalkan:
- 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi
- 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

KELEBIHAN DAN KEBERKESANAN VITAMIN E

Vitamin E membuatkan si pengguna nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten amat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Vitamin E ini juga membantu menghilangkan parut dan jeragat, wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. 

Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.

Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar, mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

Vitamin E membantu mempercepatkan proses pembaikan luka.

Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual. 

Vitamin E juga agen anti penuaan - Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.








No comments:

Post a Comment